Wednesday, 9 March 2016

Anak


Anak dikatakan anugerah yang paling terindah diberikan ooleh Yang Maha Esa,

Namun jangan lah kau Persia kan dan menjatuhkan maruah mereka,

Memang benar kau punya kuasa terhadap mereka,

Akan tetapi, fahamilah mereka, bukan dengan memberi muka tetapi dengan fahami isi hati mereka,

Kerana mereka akan  bertindak mengikut cara yang betul,

Memeberontak dengan cara yang betul,

Jangan lah kau terlepas kata, menyakiti mereka dengan pukulan dan bahasa kasar,

Kerana hati yang terguris amat dalam lukanya tidak sembuh dengan cepat,

Boleh berbulan, bertahun lamanya,

Janganlah kau mencaci mereka ,

Lupakah kau pada hari kelahiran dimana kau menyambut mereka dengan penuh rasa gembira dan syukur pada Maha Yang Esa? ,

Janganlah kau juga mengajar mereka cara untuk berdendam dan perasaan iri hati sesama manusia,

Sebab more positive thing can be taught than those negative things,

Ajari merekea supaya sentiasa positif akan keadaan sekeliling,

Merekalah kain putih dan kaulah yang mencorakannya,

Jadi, fikir dengan baik bagaimana hendak kau corakkan anakmu,

Janganlah apabila anakmu itu hijau warnanya, kau  mencampakkan warna hitam di atas kain mereka,

Janganlah kamu ungkit mengungkit,

Membuatkan anakmu rasa tak berguna dan hidup hanya menyusahkan kerana dikatakan menyusahkan kamu,

Jangan buat sesuatu tanpa berfikir dikemudian hari kesannya,

Pabiila itu kau akan menyesal akan perbuatan mu itu,

Jangan lah kau memperlekehkan mereka menengking mereka dengan suara tinggi dan bahasa yang kasarmu itu,

Kerana boleh hilang tanda hormat seorang anak kepada orang tuanya bila diperlakukan sebegitu,

Tidak salah untuk menyuarakan kemarahanmu itu,

 kita juga merupakan hanya insan biasa yang mempunyai perasaan amarah ,

namun perlu lah berpada dan sesuai akan situasi dan keadaan,

Janganlah sehingga kan pada suatu hari nanti sudah tiada hubungan mesra antara orang tua dan anak anak,

Disebabkan oleh sifat mu itu yang membuatkan mereka takut dan rimas untuk dekat dengan mu,

Apabila renggangnya hubungan anak dan orang tuanya sudah tiada seri dan harmoni lagi sebudah rumah itu,

Bak warna cat nya sudah memudar dihakis masa dan dendam,

Kita sebagai orang tua hendaklah berfikir panjang akan impaknya pada hari kemudian,

 supaya tidak menyesal di kemudian hari,

 dan sebagai orang tua pun kita masih lagi seorang manusia yang takkan pernah lari dari melakukan silap,

Maka, sentiasa waspada bahwa hendaklah kita terima itu,

Jangalh kita lemas dalam ego kita dalam memegang kuasa vito terhadap anak anak kita,

Manakala, sebagai seorang anak pula, walaubagaimana teruk pun mak ayah kita takkan bias kita leri dari kenyataan bahwa mereka jugalah sebab kita wujud didunia ini,

Orang tua juga manusia biasa hendaklah kita terima itu,

Apatah lagi mahu , menunaikan setiap impian permintaan setiap anak anak mereka,

Kasihanilah mereka dan sayanglah mereka seadanya,

Hormatilah mereka sebagaimana kau mahu dihormati,

Dengan cara itu nama kau akan disanjung selalu bersama permergian mu.

Ketahuilah bahwa anakmu itu masih menyayangi mu seadanya dan tak pernah menidakkan permintaan orang tuanya kerana bagi dia jika itu membahagiakan mereka, perkara itu juga yang membahagiakan dia,

Ketahuilah jugak sesungguhnya mereka itu hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan,

Bukannya anak patung yang boleh dicampak campak apabila amarah,

Ketahuilah jugak bahwa kadang kala orang tua ada juga salahnya,

Namun, janganlah biarkan ego menguasai kamu untuk hidup selindung ego sombong kamu itu,

Kerana kamu juga lah merupakan manusia biasa yang takkan pernah lari dalam kesilapan.

Ingat itu,sayangi lah mereka seperti mereka menyayangi mu dari kecil.

1 comment: